TOLONG KLIK SEBELUM KELUAR. TQ

Ahad, 18 April 2010

Juara Piala FA rebah

KUALA LUMPUR - Hanya seminggu selepas mendakap Piala FA, Negeri Sembilan diaibkan dengan kekalahan 1-3 kepada Kelantan dalam perlawanan bola sepak Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, semalam.

Jaringan Kelantan dihasilkan Indra Putra Mahayuddin menerusi gerakan cantik minit ke-29, sebelum Mohd. Daudsu Jamaluddin menambah gol kedua dan Badri Razi melengkapkan jaringan ketiga skuad Red Warriors.

Di Stadium JCorp, Johor FC naik ke tangga kedua liga dengan 22 mata, empat mata di belakang Selangor selepas menang 2-0 ke atas Terengganu.

Sementara itu, jaringan Mohd. Faizol Hussain pada minit ke-19 membantu Johor mengalahkan Pahang 1-0 di Stadium Darul Makmur.

Dalam satu lagi perlawanan, T-Team mengatasi Pulau Pinang 1-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu. Abdul Hadi Yahya muncul penjaring gol T-Team pada minit ke-59.

Jurulatih baru Perlis, Yunus Alif mencatat kemenangan dalam perlawanan pertamanya bersama skuad Singa Utara apabila menang 2-1 ke atas KL Plus di Stadium MBPJ. Mohd. Azrul Ahmad menghasilkan gol pertama Perlis sebelum Ahmad Aminuddin menjaringkan gol kedua pada minit ke-79.

KL Plus memperoleh gol tunggal melalui sepakan percuma yang diambil Nasrin Nawi pada minit ke-85.

Di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Mohd. Shafiq Jamal meletakkan Kedah di depan pada minit ke-21, sebelum V. Thirumurugan menambah derita Kuala Lumpur melalui gol kedua pada minit ke-70.


BACA SELENGKAPNYA..

Jumaat, 16 April 2010


Pendahuluan


Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, dengan izin Allah, Laman Web Jabatan Pelajaran Kelantan berjaya dibina. Sekalung tahniah buat Jawatankuasa yang terlibat dalam tugas ini selari dengan keperluan masa kini yang membolehkan penyebaran maklumat yang cepat dan tepat tentang jabatan kita dapat dilaksanakan.

Hakikatnya, laman web umpama e-kaunter pelanggan yang membolehkan para pelanggan, pihak Jabatan Pelajaran Kelantan serta orang awam bebas untuk mendapatkan berita terkini, aktiviti yang dianjurkan dan maklumat yang berguna bagi memperkasakan lagi sistem pendidikan di negeri kita ini. Selain itu juga, laman web juga berupaya membina jaringan antara institusi-institusi yang terlibat dalam bidang pendidikan di seluruh Malaysia. Tahniah buat pejabat - pejabat pelajaran daerah dan sekolah - sekolah kita yang telah pun berjaya membina laman web mereka sendiri. Saya amat berharap agar usaha ini turut dicontohi oleh institusi - institusi pendidikan di negeri Kelantan yang masih lagi belum berjaya untuk berbuat demikian bagi merapatkan lagi jurang antara kita semua.

Tahniah juga buat warga Jabatan Pelajaran Kelantan, warga pendidik serta mereka yang terlibat dalam bidang pendidikan di seluruh negeri Kelantan yang setia berkhidmat untuk agama, bangsa dan tanah air. Sesungguhnya, di tangan kitalah diletakkan tanggungjawab oleh seluruh rakyat Kelantan khasnya untuk mencorakkan anak bangsa yang bukan sekadar cemerlang dalam bidang akademik bahkan berakhlak mulia dan berbudi pekerti yang tinggi. Dalam hal ini, kita adalah model utama untuk diteladani.

Akhir kata, ikhlaskanlah niat kita dalam bekerja, kerana beban yang berat untuk mendidik anak bangsa kita akan menjadi sederhana dengan niat yang ikhlas. Semoga dengan keikhlasan, kesungguhan, pengetahuan dan teknologi yang disatupadukan mampu untuk memastikan bahawa 'Tiada Hasil Kecuali Kecemerlangan'.



TN. HJ. HUSSAIN BIN AWANG
Pengarah
Jabatan Pelajaran Kelantan

BACA SELENGKAPNYA..

Rabu, 14 April 2010

KEJOHANAN BOLA BALING QIT PERINGAT 2010

KEJOHANAN BOLA BALING PERINGKAT QIT PERINGAT 2010
Tarikh : 14 dan 15 April 2010
Masa : 2.30 petang - 6.30 petang

Sorotan :
14 April 2010 (ketagori Perempuan bawah 12 tahun )
- 2.30 Sekolah yang bertanding mendaftar
- 2.40 Taklimat Pengadil
- 3.00 Perlawanan dimulakan
- 6.45 Perlawanan ditamatkan.
Separuh akhir dan akhir tidak dapat dijalankan kerana kesuntukan masa.
Setelah perbincangan diadakan perlawanan dibawa pada keesokan hari.
- keputusan penuh Kejohanan Bola Baling ( Perempuan bawah 12 tahun )

JOHAN : SK. KG. KELING
N.JOHAN : SK. MULONG 2
KE 3 : SK. MULONG 1
KE 4 : SK. LUNDANG

INILAH GAMBAR SEKITAR KEJOHANAN BOLA BALING HARI PERTAMA




TENGOK TU, RAMAI PENGIKUT CIKGU PRATIKUM

CIKGU PRATIKUM:TERSENGIH DAN SERONOK, DAPAT MENJADI
PENJAGA MASA DAN P.MARKAH



CIKGU SUHAIMEE Y DIBANTU CIKGU SUHAIMI M.Z SEDANG
MENGAWAL LALULINTAS DI PADANG BOLA BALING( TRAFIK )

USTAZ AZMAN DARI ZAINAB 1,KAWAN LAMA PENULIS.

CIKGU SUHAIMEE SEDANG MEMBUAT PERSIAPAN TERAKHIR UTK
KEJOHANAN BOLA BALING ( GURU TULISAN PALING CANTIK DI SEKOLAH INI )
SEBELUM TU, DISANDANG OLEH SIR OSMERA TAPI DIAMBIL OLEH SK. CIKU 2


BACA SELENGKAPNYA..

Selasa, 13 April 2010

DURIAN BELANDA ADALAH PENAWAR SEBENAR KANSER



26 Rabiulakhir 1431H,
Email :" Zamri Keciks

Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia , dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis , dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.

Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.
iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika . Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar , Payu Dara , Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!

3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?

Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.
The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.

Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan. Sebarkan maklumat berharga ini kepada keluarga, saudara, sahabat dan teman yang anda kasihi.
BACA SELENGKAPNYA..

Khamis, 1 April 2010

Budak 7 tahun dapat A peperiksaan A-level



15 Rabiulakhir 1431H
Email : Shah Bundy

LONDON - Seorang budak lelaki berumur tujuh tahun, Yasha Ayari Asley menjadi individu termuda di dunia lulus peperiksaan A-level dalam mata pelajaran matematik dengan memperoleh gred A, lapor sebuah akhbar semalam.

Yasha dari Leicester memberitahu: "Apabila saya melihat kertas soalan, saya menganggap ia akan menjadi mudah. Terdapat satu soalan yang berlegar dalam fikiran saya iaitu bagaimana cara untuk melakukannya sebelum saya mendapat jawapan. Baki soalan lain okey."

Pencapaian Yasha akan membolehkan dia disenaraikan dalam rekod selepas seorang budak perempuan berumur lapan tahun, Zohaib Ahmed turut mendapat gred A pada Januari tahun lalu.

Bapanya, Moussa, 47, berkata: "Dia berasa gembira tetapi ia tidak dapat menandingi bagaimana terujanya saya. Ia merupakan satu pencapaian yang mengagumkan. Saya berasa bangga dengannya."

Menurutnya, jika Yasha mendapat biasiswa, dia mungkin menamatkan ijazah universiti sebelum berumur sepuluh tahun.

Moussa berkata: "Dia mempunyai bakat belajar."

Yasha merupakan murid sebuah sekolah rendah di tahun tiga tetapi Moussa yang berketurunan Iran mendaftarkan anaknya mengambil A-level tanpa pengetahuan guru besarnya.

Moussa membesarkan anaknya itu sendirian selepas dia bercerai dengan isterinya semasa umur Yasha berumur setahun.

sumber dari : http://paapaada.blogspot.com

BACA SELENGKAPNYA..

Khamis, 25 Mac 2010

Ular sawa kena tangkap.



Sekumpulan anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) menunjukkan ular sawa yang berjaya ditangkap di Kampung Kolek, Sungai Lembing, Kuantan hari ini. Ular berukuran lebih lapan meter serta berat 100 kilogram itu ditemui penduduk kampung di kawasan paya pada 8.30 malam tadi. Menurut jurucakap JPAM, pihaknya mendapati reptilia itu mengalami kecederaan di bahagian perut dan akan diberi rawatan sebelum diserahkan kepada Zoo Teruntum, Kuantan. - foto BERNAMA
BACA SELENGKAPNYA..

Selasa, 16 Mac 2010

Tahniah kepada Chong Wei.



JUARA... Pemain badminton negara, Datuk Lee Chong Wei akhirnya menjuarai Kejohanan Badminton All England buat kali pertama dalam kariernya selepas mengalahkan pemain Jepun, Kenichi Tago di National Indoor Arena, Birmingham malam tadi. - foto AFP
BACA SELENGKAPNYA..

Rabu, 10 Mac 2010

PASUKAN BOLA SEPAK SEKOLAH 2010


PERSIAPAN TERAKHIR PASUKAN BOLA SEPAK SKM2 2010
( NUR FAHMI DUK KUTIP KEMUCUT KE? )

CIKGU WAN AHMAD YANEE MEMBUAT PERSIAPAN LATIHAN TERAKHIR
( 4 ORANG JEJAKA PERASAN )

LATIHAN MENGELECEK DAN MENJARING GOL OLEH
NAZRAN ASFAHIM ( MAHU TERBANG HENDAKNYA )


KENANGAN PEMAIN BERSAMA JURULATIH


lAPORAN TERKINI DARIPADA SIR ZUHA: Sekolah Mulong 2 ( menang 2kali, seri 1kali dan kalah 1kali, ) SKM2 layak ke separuh akhir petang esok. Kemungkinan bertemu dengan musuh tradisi iaitu Sek.Keb.Mulong 1 jiran SKM2.
Marilah sama-sama kita Doakan agar Pasukan sekolah kita mara ke perlawanan akhir
Sekalung Tahniah kepada Jurulatih dan pembantu atas kejayaan mara ke separuh akhir.

BACA SELENGKAPNYA..

Isnin, 8 Mac 2010

SELAMAT DATANG ROS

Selamat datang kepada pelatih Maktab Teknik,Cheras, Kuala Lumpur daripada panitia PJK SKM2, kerana sudi memilih Sek.Keb.Mulong 2 sebagai tempat ROS mereka. Warga SKM2 mengalu-alukan kedatangan anda.


BACA SELENGKAPNYA..

Ahad, 7 Mac 2010

TPM: Sekolah tingkat prestasi akan dapat insentif



Mac 6, 10 4:45pm
Pengetua, guru besar dan semua guru sekolah bukan dalam kategori Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang berjaya meningkatkan prestasi akan turut diberikan insentif dalam bentuk kewangan dan bukan kewangan mulai tahun depan, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, pemberian insentif itu akan diberikan kepada semua sekolah sama ada di bandar dan luar bandar yang telah menunjukkan kecemerlangan.

"Insentif akan diberikan dalam bentuk kewangan dan bukan kewangan seperti kenaikan pangkat,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan warga pendidik daerah Batang Padang di Politeknik Sultan Azlan Shah dan melancarkan Program Juara Rakyat peringkat negeri Perak di Taman Tasek YDP di Slim River hari ini.

Muhyiddin berkata, beliau akan mengumumkan secara terperinci mengenai insentif khas berkenaan pada sambutan Hari Guru tahun ini.

Sambutan Hari Guru ialah pada bulan Mei.

Beliau berkata pemberian insentif itu akan melalui kriteria yang akan
ditentukan dan akan mengambil kira juga kedudukan sekolah terutama bagi sekolah-sekolah luar bandar.

- Bernama

BACA SELENGKAPNYA..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...