TOLONG KLIK SEBELUM KELUAR. TQ

Ahad, 7 Mac 2010

TPM: Sekolah tingkat prestasi akan dapat insentif



Mac 6, 10 4:45pm
Pengetua, guru besar dan semua guru sekolah bukan dalam kategori Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) yang berjaya meningkatkan prestasi akan turut diberikan insentif dalam bentuk kewangan dan bukan kewangan mulai tahun depan, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, pemberian insentif itu akan diberikan kepada semua sekolah sama ada di bandar dan luar bandar yang telah menunjukkan kecemerlangan.

"Insentif akan diberikan dalam bentuk kewangan dan bukan kewangan seperti kenaikan pangkat,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan warga pendidik daerah Batang Padang di Politeknik Sultan Azlan Shah dan melancarkan Program Juara Rakyat peringkat negeri Perak di Taman Tasek YDP di Slim River hari ini.

Muhyiddin berkata, beliau akan mengumumkan secara terperinci mengenai insentif khas berkenaan pada sambutan Hari Guru tahun ini.

Sambutan Hari Guru ialah pada bulan Mei.

Beliau berkata pemberian insentif itu akan melalui kriteria yang akan
ditentukan dan akan mengambil kira juga kedudukan sekolah terutama bagi sekolah-sekolah luar bandar.

- Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...