TOLONG KLIK SEBELUM KELUAR. TQ

Ahad, 28 November 2010

KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH ( KSSR ) 2011


E - PEMBELAJARAN


1. KSSR BAHASA ARAB TAHUN 1 -
media/file/dokumen%20standard%20bahasa%20arab%20kssr%20tahun%201.pdf


2. KSSR BAHASA MELAYU TAHUN 1-
media/file/dokumen%20standard%20bahasa%20malaysia%20tahun%201%20sk.pdf

3. KSSR MATEMATIK TAHUN 1 -
media/file/dokumen%20standard%20kssr%20matematik%20tahun%201%20%20sk.pdf

4. KSSR SAINS DAN TEKNOLOGI TAHUN 1 -
media/file/ds%20dunia%20sains%20dan%20teknologi%20tahun%201%20sk.pdf

5. KSSR BAHASA INGGERIS TAHUN 1 -
media/file/english-kssr-overview.pdf

6. KSSR MUZIK TAHUN 1 -
media/file/dokumen%20standard%20muzik%20tahun%201.pdf

7. KSSR PENDIDIKAN MORAL TAHUN 1-
media/file/dokumen%20standard%20pend%20moral%20thn%201.pdf

8. KSSR PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 1 -
media/file/dokumen%20standard%20pend%20islam%20kssr%20tahun%201.pdf

9. KSSR PJ TAHUN 1-
media/file/dokumen%20standard%20pj%20kssr%20tahun%201.pdf

10. KSSR PK TAHUN 1-
media/file/dokumen%20standard%20pk%20kssr%20tahun%201.pdf

11. KSSR KEUSAHAWANAN TAHUN 1
media/file/emk%20keusahawan%20kssr%20thahun%201.pdf


12. KSSR TMK TAHUN 1-
media/file/emk%20tmk%20kssr%20tahun%201.pdf

13. KSSR INOVATIF TAHUN 1 -
media/file/elemen%20kre%20%20inovatif%20kssr%20tahun%201.pdf
BACA SELENGKAPNYA..

KRUSUS KSSR KESIHATAN


28/11/2010 ( Ahad ) Dewan PPD
SALAM,
Hari ni Krusus KSSR Kesihatan bermula, saya mewakili cikgu Yusri hadir ke PPD Kota Bharu. Bermula dengan taklimat dan seterusnya aktiviti bermula. Semua Sekolah menghantar wakil sekolah masing2 ke tempat krusus ini. BACA SELENGKAPNYA..

Khamis, 25 November 2010

KRUSUS KSSR PJK HARI KE 2


TAKLIMAT KSSR

TITIK 4

LARI CHONGKLANG

BERMAIN BELON

AKTIVITI HARI KEDUA SEHINGGA JAM 10.30 AM
BACA SELENGKAPNYA..

Rabu, 24 November 2010

KRUSUS KSSR PJK

Krusus KSSR PJK diadakan di SK.Kg Sireh pada Ketetapan berikut:
Tarikh: 24.11.2010
Masa: 8.00 am- 4.30 pm
saya mewakili Cikgu Yusri hadir ke tempat krusus. Cikgu Yusri menunaikan haji di mekah.
Krusus ini diadakan selama 4 hari iaitu, 24,25,28,29 Nov 2010.
Krusus ini dikendalikan oleh JPN kelantan. BACA SELENGKAPNYA..

Ahad, 7 November 2010

Sejarah Membelah Zaman

Piala Malaysia Disembahkan oleh Tan Sri Anuar Musa kepada Al Sultan Kelantan dan disaksikan oleh Tengku Mahkota.

KOTA BHARU – ‘Sejarah membelah zaman’. Buat julung kalinya sejak 89 tahun yang lalu, Piala Malaysia yang dimenangi oleh pasukan The Red Warriors telah dipersembahkan kepada Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V dalam satu Majlis Santapan Malam bagi meraikan pasukan Kelantan yang bergelar Juara Piala Malaysia 2010 yang berlangsung di Hotel Renaissance, Kota Bharu, malam tadi.

Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia, Sultan Muhammad Ke-V, Al-Sultan Kelantan berangkat mencemarkan duli hadir ke majlis tersebut bersama Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa’iz Ibni Sultan Ismail Petra.

Hadir sama dalam majlis tersebut ialah Tengku Laksamana Kelantan, Tengku Abdul Halim Almarhum Sultan Ibrahim, kerabat-kerabat Diraja Kelantan, Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob, Exco-Exco Kerajaan Negeri, Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa), Tan Sri Annuar Musa bersama ahli-ahli majlis Kafa, barisan penaja utama pasukan Kelantan serta ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan.

Seramai 500 tetamu yang terdiri daripada pelbagai wakil jabatan kerajaan, Persatuan Bola Sepak Jajahan (PBJ), kelab-kelab penyokong hadir dalam majlis tersebut.

Majlis dimulakan dengan perarakan masuk piala paling berprestij itu oleh Ketua Pasukan Kelantan, Indra Putra Mahayuddin dan Muhd Badhri Radzi sambil diiringi tujuh hulubalang yang berpakaian lengkap tradisional Kelantan serta barisan pemain serta pegawai pasukan Kelantan.

Sultan Muhammad Ke-V kemudian berkenan dipersembahkan Piala Malaysia oleh Tan Sri Annuar Musa untuk diletakkan tempat khas sebagai simboliknya persembahan piala tersebut kepada baginda.

Majlis diteruskan dengan Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa merafak sembah menjunjung kasih mempersembahkan ucapan penghargaan daripada pihak Kafa kepada Sultan Muhammad Ke-V.

Annuar Musa dalam ucapannya menyifatkan kejayaan menjulang Piala Malaysia itu, merupakan simbolik kasih sayang rakyat negeri Kelantan kepada Tuanku Sultan yang memayungi rakyat negeri ini.

Ianya juga merupakan cetusan kegembiraan rakyat negeri ini, di atas pemasyhuran Sultan Muhammad Ke-V sebagai Sultan Kelantan yang baru.

“Kemenangan buat pertama kali ini juga, merupakan simbolik di atas penyatuan rakyat Kelantan tanpa mengira pangkat, darjat mahupun fahaman politik yang berbeza,” katanya.

BACA SELENGKAPNYA..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...