Pendahuluan
Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera.
Alhamdulillah, dengan izin Allah, Laman Web Jabatan Pelajaran Kelantan berjaya dibina. Sekalung tahniah buat Jawatankuasa yang terlibat dalam tugas ini selari dengan keperluan masa kini yang membolehkan penyebaran maklumat yang cepat dan tepat tentang jabatan kita dapat dilaksanakan.
Hakikatnya, laman web umpama e-kaunter pelanggan yang membolehkan para pelanggan, pihak Jabatan Pelajaran Kelantan serta orang awam bebas untuk mendapatkan berita terkini, aktiviti yang dianjurkan dan maklumat yang berguna bagi memperkasakan lagi sistem pendidikan di negeri kita ini. Selain itu juga, laman web juga berupaya membina jaringan antara institusi-institusi yang terlibat dalam bidang pendidikan di seluruh Malaysia. Tahniah buat pejabat - pejabat pelajaran daerah dan sekolah - sekolah kita yang telah pun berjaya membina laman web mereka sendiri. Saya amat berharap agar usaha ini turut dicontohi oleh institusi - institusi pendidikan di negeri Kelantan yang masih lagi belum berjaya untuk berbuat demikian bagi merapatkan lagi jurang antara kita semua.
Tahniah juga buat warga Jabatan Pelajaran Kelantan, warga pendidik serta mereka yang terlibat dalam bidang pendidikan di seluruh negeri Kelantan yang setia berkhidmat untuk agama, bangsa dan tanah air. Sesungguhnya, di tangan kitalah diletakkan tanggungjawab oleh seluruh rakyat Kelantan khasnya untuk mencorakkan anak bangsa yang bukan sekadar cemerlang dalam bidang akademik bahkan berakhlak mulia dan berbudi pekerti yang tinggi. Dalam hal ini, kita adalah model utama untuk diteladani.
Akhir kata, ikhlaskanlah niat kita dalam bekerja, kerana beban yang berat untuk mendidik anak bangsa kita akan menjadi sederhana dengan niat yang ikhlas. Semoga dengan keikhlasan, kesungguhan, pengetahuan dan teknologi yang disatupadukan mampu untuk memastikan bahawa 'Tiada Hasil Kecuali Kecemerlangan'.
TN. HJ. HUSSAIN BIN AWANG
Pengarah
Jabatan Pelajaran Kelantan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan