TOLONG KLIK SEBELUM KELUAR. TQ

Ahad, 23 Mei 2010

BAKI PERLAWANAN LIGA M 2010

HP18 - Mei 25 2010
PahangvsSelangor Std Darul Makmur, Kuantan
KL Plus FCvsNegeri Sembilan Std MBPJ, Kelana Jaya
KedahvsKelantanStd Darul Aman, Alor Setar
PerlisvsPerakStd Utama Negeri, Kangar
JohorvsPulau PinangStd Tan Sri Hj Hassan Yunos, Larkin
TerengganuvsT-TeamStd Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT
Kuala LumpurvsJohor FCStd Bolasepak KL, Cheras

HP19 - Mei 29 2010
Kuala LumpurvsKL Plus FCStd Bolasepak KL, Cheras
Negeri SembilanvsPahangStd Tuanku Abdul Rahman, Paroi
SelangorvsTerengganuStd Shah Alam
T-TeamvsJohorStd Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT
Pulau PinangvsPerlisStd Bandaraya, PP
PerakvsKedahStd Perak, Ipoh
Johor FCvsKelantanStd Jcorp, Pasir Gudang

HP20 - Jun 1 2010
JohorvsSelangor Std Tan Sri Hj Hassan Yunos, Larkin
TerengganuvsNegeri SembilanStd Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT
PahangvsKuala LumpurStd Darul Makmur, Kuantan
KelantanvsPerakStd Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu
KedahvsPulau PinangStd Darul Aman, Alor Setar
PerlisvsT-TeamStd Utama Negeri, Kangar
KL Plus FCvs Johor FCStd MBPJ, Kelana Jaya

HP21 - Jun 5 2010
KL Plus FCvsPahangStd MBPJ, Kelana Jaya
Kuala LumpurvsTerengganuStd Bolasepak KL, Cheras
Negeri SembilanvsJohorStd Tuanku Abdul Rahman, Paroi
SelangorvsPerlisStd Shah Alam
T-TeamvsKedahStd Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT
Pulau PinangvsKelantanStd Bandaraya, PP
Johor FCvsPerakStd Jcorp, Pasir Gudang

HP22 - Jun 8 2010
Kedah vsSelangorStd Darul Aman, Alor Setar
PerlisvsNegeri SembilanStd Utama Negeri, Kangar
JohorvsKuala LumpurStd Tan Sri Hj Hassan Yunos, Larkin
TerengganuvsKL Plus FCStd Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT
PerakvsPulau PinangStd Perak, Ipoh
KelantanvsT-TeamStd Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu
Pahangvs Johor FCStd Darul Makmur, Kuantan

HP23 - Jul 13 2010
PahangvsTerengganuStd Darul Makmur, Kuantan
KL Plus FCvsJohorStd MBPJ, Kelana Jaya
Kuala LumpurvsPerlisStd Bolasepak KL, Cheras
Negeri SembilanvsKedahStd Tuanku Abdul Rahman, Paroi
SelangorvsKelantanStd Shah Alam
T-TeamvsPerakStd Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT
Johor FCvsPulau PinangStd Jcorp, Pasir Gudang

HP24 - Jul 17 2010
Perak vsSelangorStd Perak, Ipoh
KelantanvsNegeri SembilanStd Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu
KedahvsKuala LumpurStd Darul Aman, Alor Setar
PerlisvsKL Plus FCStd Utama Negeri, Kangar
JohorvsPahangStd Tan Sri Hj Hassan Yunos, Larkin
Pulau PinangvsT-TeamStd Bandaraya, PP
Terengganuvs Johor FCStd Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT

HP25 - Jul 20 2010
TerengganuvsJohorStd Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT
PahangvsPerlisStd Darul Makmur, Kuantan
KL Plus FCvsKedahStd MBPJ, Kelana Jaya
Kuala LumpurvsKelantanStd Bolasepak KL, Cheras
Negeri SembilanvsPerakStd Tuanku Abdul Rahman, Paroi
SelangorvsPulau PinangStd Shah Alam
Johor FCvsT-TeamStd Jcorp, Pasir Gudang

HP26 - Jul 24 2010
T-Team vsSelangorStd Sultan Ismail Nasiruddin Shah, KT
Pulau PinangvsNegeri SembilanStd Bandaraya, PP
PerakvsKuala LumpurStd Perak, Ipoh
KelantanvsKL Plus FCStd Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu
KedahvsPahangStd Darul Aman, Alor Setar
PerlisvsTerengganuStd Utama Negeri, Kangar
Johorvs Johor FCStd Tan Sri Hj Hassan Yunos, Larkin
BACA SELENGKAPNYA..

Rabu, 19 Mei 2010

TEMA HARI GURU

Tema hari guru yang dipilih untuk Perayaan Hari Guru 2010 sama dengan Tema tahun 2009 ialah:

" Guru Pembina Negara Bangsa "



Hemat SKM2 tema kali ini sekali lagi amat bertepatan dengan sumbangan & peranan para guru keseluruhannya sejak zaman berzaman.Generasi berganti generasi mengiktiraf peranan besar yang dimainkan oleh insan yang bernama guru.Hakikatnya keadaan yang ada hari ini meliputi semua aspek baik rohani mahupun fizikal ,boleh dikatakan ianya dicorak oleh 'pendidikan' yang dilaksanakan oleh guru.Bagaimana mungkin pembangunan rohani dan fizikal boleh berlangsung andai insan 'guru' tiada?


Namun kesemua pernyataan ini tidak pernah sekali-kali membuatkan kalangan guru mendabik dada kesombongan lalu hanyut bersama perubahan zaman.Kalangan guru tetap utuh melaksanakan amanah rakyat untuk mendidik anak bangsa ke mercu kecemerlangan insan yang mampu memberikan sumbangan buat ummah.


Jikalau diteropong melihat tema-tema hari guru menunjukkan hasrat,falsafah dan penghayatan insan yang bernama guru semata-mata untuk menzahirkan generasi yang bijak dan lebih besar sebagai insan yang memberikan manafaat untuk masyarakat,bangsa,negara, agama & dunia.


Tema-tema Hari Guru yang terdahulu:
2009 Guru Pembina Negara bangsa
2008 Guru Cemerlang Negara Terbilang
2007 Guru Penjana Modal Insan Gemilang
2006 Pendidikan Bestari Pemangkin Kegemilangan
2005 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2004 Guru Berkualiti Pemangkin Kegemilangan
2003 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2002 Guru Berkualiti Aspirasi Negara
2001 Memartabatkan Profesion Keguruan tanggungjawab Bersama
2000 Bersatu Memartabatkan Profesion Keguruan
1999 Guru Berkesan Pendidikan Cemerlang
1998 Guru Penyemai Tanggungjawab Bersama
1997 Guru Bestari Sekolah Bestari
1996 Guru Malaysia Teras Pendidikan Bertaraf Dunia
1995 Permuafakatan dan Perpaduan Menjayakan Wawasan
1994 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1993 Guru Inovatif dan Kreatif Menjayakan Wawasan
1992 Guru Cemerlang Teras Kejayaan Wawasan
1991 Ke Arah Pendidikan Cemerlang
1990 Pendidikan Bermutu Masyarakat Sejahtera
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1989 Guru Pembina Budaya Ilmu
1988 Guru Pengasas Budaya Membaca
1987 Pendidikan Ke Arah Kesejahteraan Insan
1986 Pendidikan Teras Nasionalisme
1985 Guru dan Masyarakat Asas Kemajuan Pendidikan
1984 Kepimpinan Berteladan Kesempurnaan Pendidikan
1983 Kepimpinan Berteladan Teras Pendidikan
1982 Ke Arah Kecekapan Guru Dan Pendidikan Bermutu
1981 Pengorbanan Guru Kejayaan Rakyat
1980 Pendidikan Teras Perpaduan Negara
1979 Murid Sejahtera Negara Jaya
1978 Guru Pembentuk Generasi Akan Datang
1977 Dedikasi dan Disiplin Asas Kemajuan Pendidikan
1976 Pendidikan Moral Dalam Zaman Kemajuan Pendidikan
1975 Guru dan Pembangunan Negara
1974 Peranan Guru Dalam Zaman Sains dan Teknologi
1973 Kerjasama Ibu Bapa Untuk Kemajuan Pendidikan
1972 Peranan Guru Dalam Pembangunan Negara BACA SELENGKAPNYA..

Ahad, 16 Mei 2010

Selamat Hari Guru kepada kalian guruku


2 Jamadil Akhir 1431H.
Ahmad Baei Jaafar

Tanggal 16 Mei disambut seluruh Malaysia sebagai Hari Guru. Walaupun kita baru sahaja menyambut hari ibu, hari pekerja, hari jururawat dan juga hari belia namun hari guru perlu diberi lebih perhatian oleh semua pihak. Kenapa? Jawapannya mudah, sebab setiap seorang yang hidup di dunia ini tidak terkecuali daripada dididik oleh guru.

Siapapun ada, pensyarah, peguam, hakim, perdana menteri, menteri, penghulu dan siapa juga bermula dari guru darjah satu. Dia yang mengajar membaca dan mengira sehingga kita mereka menjadi orang yang hebat. Jadi, semua orang harus mengenang jasa guru kita sama ada yang masih hidup mahupun yang sudah mati.
BACA SELENGKAPNYA..

Isnin, 3 Mei 2010

Dilarang menghidupkan pendingin hawa sebaik menaiki kereta..!

Bukalah tingkap terlebih dahulu sebaik memasuki kereta anda dan jangan sama sekali menghidupkan pendingin hawa.

Berpandukan kepada kajian yang dijalankan, dashboard, sofa, pewangi udara menghasilkan Benzene, sejenis toksin yang menyebabkan kanser (carcinogen - ia dapat dikenalpasti melalui bau yang terhasil dari haba bahan plastik di dalam kereta). Disamping menyebabkan kanser, ia juga bertindak sebagai racun bagi tulang, menyebabkan anemia dan mengurangkan sel darah merah. Tindakan ini jika dibiar berlarutan akan menyebabkan Leukemia, meningkatkan risiko menghadapi kanser di samping punca keguguran.


Kadar pendedahan Benzene yang dibenarkan ialah 50 mg bagi setiap kaki persegi. Kereta jika diparkir di kawasan bebumbung dengan tingkap tertutup menghasilkan 400-800 mg Benzene. Jika dibiarkan dikawasan yang terdedah dengan tingkap yang tertutup pada suhu 60 darjah fahrenheit, tahap Benzene boleh meningkkat sehingga 2000-4000 mg, iaitu 40 kali dari tahap yang dibenarkan... dan penumpang di dalamnya akan menyedut toksik yang berlebih2an secara tidak sedar.


Cara yang dicadangkan untuk mengelakkan perkara ini dari berterusan ialah dengan membuka tingkap dan pintu terlebih dahulu untuk memberi udara di dalam beredar keluar. Benzene adalah sejenis toksik yang boleh mencemar buah pinggang dan hati, dan sukar pula bagi tubuh manusia untuk menyahkeluarkan toksik tersebut.
BACA SELENGKAPNYA..

Ahad, 25 April 2010

KEPUTUSAN PESTA BOLA BALING PPD KOTA BHARU 2010


JOHAN
QIT PERINGAT

TEMPAT KE 3
QIT PERINGAT

BERGAMBAR KENANGAN BERSAMA JURULATIH
GAMBAR KENANGAN JOHAN LELAKI


KATEGORI LELAKI BAWAH 12 TAHUN
JOHAN : QIT PERINGAT
N.JOHAN : OIT KEDAI BULUH

KATEGORI PEREMPUAN BAWAH 12 TAHUN
JOHAN : QIT PANGKAL KALONG
N.JOHAN : OIT KEDAI BULUH
KE 3 : QIT PERINGAT

HADIAH DISAMPAIKAN OLEH:
ENCIK NIK SAZILA ( PPD KOTA BHARU )
BACA SELENGKAPNYA..

KEPUTUSAN PESTA BOLA BALING QIT PERINGAT 2010 ( LELAKI )


JOHAN
SK. LUNDANG


NAIB JOHAN
SK. MULONG 2

TEMPAT KE 3
SK. MULONG 1

TEMPAT KE 4
SK. PASIR HOR

HADIAH DISAMPAIKAN OLEH:
PENGERUSI TEKNIK BOLA BALING DAERAH KOTA BHARU, EN. HAZANI AWANG
BACA SELENGKAPNYA..

Rabu, 21 April 2010

JOHAN PING PONG PERINGKAT NEGERI KELANTAN 2010


Tahnniah kepada :

1. adik Husna dan Nabila dari kelas 6 Hebat kerana dapat mewakili PPD Kota Bharu dalam pertandingan Ping Pong Peringkat Negeri.

2. Adik Nabila berjaya menjadi Johan perseorangan bawah 12 tahun Perempuan dan naib johan beregu.

3. Adik Nabila bakal mewakili kelantan ke peringkat Kebangsaan pada tahun ini.

4. Cikgu Wan Mohd Fadri Ghazali sebagai jurulatih yang berjaya melahirkan pelajar SKM2 mewakili Negeri.

GAMBAR PENYAMPAIAN HADIAH YANG DISEMPURNAKAN OLEH PENOLONG kANAN KO KURIKULUM SKM2 , PN. HJH. FAUZIAH HJ. ISMAIL






BACA SELENGKAPNYA..

Selasa, 20 April 2010

Keputusan Bola Baling Perempuan QIT PERINGAT 2010

Memberi sokongan kepada pasukan bola baling sekolahPenyokong SK. Mulong 2 Gembira kerana pasukan Bola Baling Sek. Berjaya masuk final
Cikgu Jefri dan Cikgu Ikmal bekas guru Sek. Keb. Mulong 2
sekarang bertugas di sk. Mulong 1

Penyokong SKM2 di ketuai oleh Ust. Sharipuddin


Johan Pesta Bola baling QIT Peringat 2010
Sek. Keb. Kg. Keling

Naib Johan
SK. Mulong 2 ( Husna menerima hadiah daripada Guru Besar SKM2,
Pn. Hjh. Marilah Hj. Abdullah )
Tempat Ke 3, ( SK. MUlong 1 )
Tempat ke 4 ( SK. Lundang ) Cikgu Zulkifli mewakili guru besar
menyampaikan hadiah kepada cikgu Mahadi guru sk. Lundang
Perlawanan akhir antara Sk. Mulong 2 bertemu Sk. kg. Keling
keputusan 1-3
Perlawanan Akhir di adili oleh En. Ikmal dan En. Hazani


Pasukan sebelum perlawanan Akhir


BACA SELENGKAPNYA..

Ahad, 18 April 2010

Juara Piala FA rebah

KUALA LUMPUR - Hanya seminggu selepas mendakap Piala FA, Negeri Sembilan diaibkan dengan kekalahan 1-3 kepada Kelantan dalam perlawanan bola sepak Liga Super di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, semalam.

Jaringan Kelantan dihasilkan Indra Putra Mahayuddin menerusi gerakan cantik minit ke-29, sebelum Mohd. Daudsu Jamaluddin menambah gol kedua dan Badri Razi melengkapkan jaringan ketiga skuad Red Warriors.

Di Stadium JCorp, Johor FC naik ke tangga kedua liga dengan 22 mata, empat mata di belakang Selangor selepas menang 2-0 ke atas Terengganu.

Sementara itu, jaringan Mohd. Faizol Hussain pada minit ke-19 membantu Johor mengalahkan Pahang 1-0 di Stadium Darul Makmur.

Dalam satu lagi perlawanan, T-Team mengatasi Pulau Pinang 1-0 di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu. Abdul Hadi Yahya muncul penjaring gol T-Team pada minit ke-59.

Jurulatih baru Perlis, Yunus Alif mencatat kemenangan dalam perlawanan pertamanya bersama skuad Singa Utara apabila menang 2-1 ke atas KL Plus di Stadium MBPJ. Mohd. Azrul Ahmad menghasilkan gol pertama Perlis sebelum Ahmad Aminuddin menjaringkan gol kedua pada minit ke-79.

KL Plus memperoleh gol tunggal melalui sepakan percuma yang diambil Nasrin Nawi pada minit ke-85.

Di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Mohd. Shafiq Jamal meletakkan Kedah di depan pada minit ke-21, sebelum V. Thirumurugan menambah derita Kuala Lumpur melalui gol kedua pada minit ke-70.


BACA SELENGKAPNYA..

Jumaat, 16 April 2010


Pendahuluan


Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh dan Salam Sejahtera.

Alhamdulillah, dengan izin Allah, Laman Web Jabatan Pelajaran Kelantan berjaya dibina. Sekalung tahniah buat Jawatankuasa yang terlibat dalam tugas ini selari dengan keperluan masa kini yang membolehkan penyebaran maklumat yang cepat dan tepat tentang jabatan kita dapat dilaksanakan.

Hakikatnya, laman web umpama e-kaunter pelanggan yang membolehkan para pelanggan, pihak Jabatan Pelajaran Kelantan serta orang awam bebas untuk mendapatkan berita terkini, aktiviti yang dianjurkan dan maklumat yang berguna bagi memperkasakan lagi sistem pendidikan di negeri kita ini. Selain itu juga, laman web juga berupaya membina jaringan antara institusi-institusi yang terlibat dalam bidang pendidikan di seluruh Malaysia. Tahniah buat pejabat - pejabat pelajaran daerah dan sekolah - sekolah kita yang telah pun berjaya membina laman web mereka sendiri. Saya amat berharap agar usaha ini turut dicontohi oleh institusi - institusi pendidikan di negeri Kelantan yang masih lagi belum berjaya untuk berbuat demikian bagi merapatkan lagi jurang antara kita semua.

Tahniah juga buat warga Jabatan Pelajaran Kelantan, warga pendidik serta mereka yang terlibat dalam bidang pendidikan di seluruh negeri Kelantan yang setia berkhidmat untuk agama, bangsa dan tanah air. Sesungguhnya, di tangan kitalah diletakkan tanggungjawab oleh seluruh rakyat Kelantan khasnya untuk mencorakkan anak bangsa yang bukan sekadar cemerlang dalam bidang akademik bahkan berakhlak mulia dan berbudi pekerti yang tinggi. Dalam hal ini, kita adalah model utama untuk diteladani.

Akhir kata, ikhlaskanlah niat kita dalam bekerja, kerana beban yang berat untuk mendidik anak bangsa kita akan menjadi sederhana dengan niat yang ikhlas. Semoga dengan keikhlasan, kesungguhan, pengetahuan dan teknologi yang disatupadukan mampu untuk memastikan bahawa 'Tiada Hasil Kecuali Kecemerlangan'.



TN. HJ. HUSSAIN BIN AWANG
Pengarah
Jabatan Pelajaran Kelantan

BACA SELENGKAPNYA..

Rabu, 14 April 2010

KEJOHANAN BOLA BALING QIT PERINGAT 2010

KEJOHANAN BOLA BALING PERINGKAT QIT PERINGAT 2010
Tarikh : 14 dan 15 April 2010
Masa : 2.30 petang - 6.30 petang

Sorotan :
14 April 2010 (ketagori Perempuan bawah 12 tahun )
- 2.30 Sekolah yang bertanding mendaftar
- 2.40 Taklimat Pengadil
- 3.00 Perlawanan dimulakan
- 6.45 Perlawanan ditamatkan.
Separuh akhir dan akhir tidak dapat dijalankan kerana kesuntukan masa.
Setelah perbincangan diadakan perlawanan dibawa pada keesokan hari.
- keputusan penuh Kejohanan Bola Baling ( Perempuan bawah 12 tahun )

JOHAN : SK. KG. KELING
N.JOHAN : SK. MULONG 2
KE 3 : SK. MULONG 1
KE 4 : SK. LUNDANG

INILAH GAMBAR SEKITAR KEJOHANAN BOLA BALING HARI PERTAMA




TENGOK TU, RAMAI PENGIKUT CIKGU PRATIKUM

CIKGU PRATIKUM:TERSENGIH DAN SERONOK, DAPAT MENJADI
PENJAGA MASA DAN P.MARKAH



CIKGU SUHAIMEE Y DIBANTU CIKGU SUHAIMI M.Z SEDANG
MENGAWAL LALULINTAS DI PADANG BOLA BALING( TRAFIK )

USTAZ AZMAN DARI ZAINAB 1,KAWAN LAMA PENULIS.

CIKGU SUHAIMEE SEDANG MEMBUAT PERSIAPAN TERAKHIR UTK
KEJOHANAN BOLA BALING ( GURU TULISAN PALING CANTIK DI SEKOLAH INI )
SEBELUM TU, DISANDANG OLEH SIR OSMERA TAPI DIAMBIL OLEH SK. CIKU 2


BACA SELENGKAPNYA..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...