TOLONG KLIK SEBELUM KELUAR. TQ

Ahad, 27 Februari 2011

Februari:Tahta Liga Kekal Milik Kelantan



Ada lima perlawanan yang berlangsung malam tadi, Kelantan kekal di puncak liga walaupun terpaksa berkongsi mata dengan Perak yang hanya dibezakan jumlah jaringan 4 gol sahaja. Berikut keputusan penuh perlawanan malam tadi:

Jum

25/02/11

Kuala Lumpur

1 - 2

Terengganu





Kedah

1 - 1

Kelantan



Sab

26/02/11

Johor FC

0 - 0

Selangor





Harimau Muda

1 - 1

Felda United





PBDKT T-Team

3 - 0

Perlis





Pahang

0 - 2

Perak

BACA SELENGKAPNYA..

Sabtu, 19 Februari 2011

Istimewa 2011

Tahun ini mempunyai 4 tanggal istimewa iaitu:

1-1-11, 11-1-11, 1-11-11, 11-11-11.

Mesti ramai yang merancang majlis istimewa pada tanggal di atas.

Detik pun boleh pilih jam 1.11, jam 11.11 dll.

Sekarang cuba ini: ambil 2 digit terakhir tahun kelahiran anda dicampur dengan umur anda tahun ini hasilnya pasti

= 111.

BACA SELENGKAPNYA..

Marlon King: Penyerang EPL yang Memeluk Islam di Penjara

Luar Negara Oleh: zharifjenn

"Ternyata, penjara tak selamanya bererti bencana dan duka nestapa. Bilik gelap berjeruji besi ini bahkan boleh menjadi nikmat seumur hidup. Setidak-tidaknya, itulah yang dialami oleh Marlon King, seorang striker bola sepak dalam Liga Inggeris (Premier League).

Penjara benar-benar membuat Marlon King menemukan kebenaran hakiki dalam hatinya. Striker 29 tahun yang pernah diikat oleh kelab Wigan Athletic ini memeluk agama Islam, dan menukar namanya menjadi Hamza.



King, di masukkan ke penjara Wayland, selepas menerima hukuman 18 bulan penjara oleh mahkamah Southwark Crown, London, Jumat (30/10/2009). striker ini dihadapkan atas kesalahan memukul seorang wanita muda di Revue Bar di daerah hip London, Soho, December 2008 silam. Bukan itu saja, pengurusan kelab pun bersetuju untuk memutus kontraknya, padahal ketika itu King tengah merayakan kehamilan isterinya serta menjaringkan gol dalam perlawanan, beberapa jam sebelumnya.

Selama di penjara, Marlon belajar agama Islam setelah bertemu dengan Abu Hamza Tariq, yang dihukum tujuh tahun mulai tahun 2006 lalu.

Kini, Marlon menganggap Abu Hamza sebagai pahlawan hidupnya. Sebagai muallaf, Marlon kini menjadi Muslim yang taat, dengan menjalankan kewajipan solat lima waktu, tidak memakan makanan yang haram, dan menjaga persaudaraan sesama Muslim.



Seperti yang di siarkan The Sun, Marlon juga sering bertemu dengan Abu Hamza Tariq yang hanya mempunyai satu tangan tersebut. Tidak hanya itu, Marlon juga membincangkan masalah jihad, serangan 9 / 11 di New York dan perang di Afghanistan.

"Marlon berubah dari seorang yang buruk dan kini berpindah menjadi muslim. Dia memuji Abu Hamza sebagai pahlawan, meskipun dia tahu, risikonya dia dibenci orang ramai, "tegas sumber dalam The Sun.

"Marlon bahkan akan mengislamkan keluarganya ketika dia keluar dari penjara akhir tahun ini. Ini bukan sementara, ini perubahan menyeluruh. Marlon membaca buku mengenai Islam berjam-jam di telefon genggamnya, "papar sumber dalam tersebut.

Selamat datang dalam Islam, King. Semoga kamu menjadi "striker" di jalan Allah.

sumber : zharifalimin.blogspot.com
BACA SELENGKAPNYA..

Selasa, 15 Februari 2011

Al-Fatihah Untuk Sairozi Daud Yang Telah Kembali Ke Rahmatullah




Salam Hormat, Kami mewakili seluruh penyokong The Red Warriors mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Sairozi Daud @ Abe yang telah menghembus nafas terakhirnya di Hospital Pakar Perdana pagi ini. A>>>

BACA SELENGKAPNYA..

Ahad, 6 Februari 2011

Tajuk Resipi Chicken Chop




Resipi


Oleh Fajridil

Malam semalam setelah tutup kedai, aku ke Tesco Seri Alam Masai. tujuan aku dan isteri ke sana pada awalnya hanyalah untuk suka-suka sebab dah lama tak kemana-mana. jadi alang-alang dah ke Tesco, tengok-tengok jugala kalau-kalau ada barang yang nak dibeli.

Biasanya kalau aku pergi Tesco ni, memang beli ikan siakap je. Tapi semalam aku tengok harganya melambunglah pulak. jadi aku tanyalah isteri aku, nak buat Chicken Chop tak? dia cakap, Nak!!. jadi aku suruhlah dia beli ayam seekor. lagipun aku dah lama tak masak. Sejak habis belajar dulu, rasanya aku dah tak pernah memasak lagi. Maklumlah, berniaga dari pagi sampai larut malam. mood nak memasak tu pun tak berapa nak ada kalau badan dah penat. tau nak makan je. hehe. lagipun aku ni tak cerewet bab makan. aku bedal je apa-apa pun. cuma air je yang aku memilih sikit. aku tak suka teh'o dan juga tak berapa nak suka minuman sejuk dan bergas. aku suka air panas terutamanya kopi.

Berbalik pada cerita Chicken Chop. aku rasa menu ni ramai yang tau memasaknya. sebab mudah saja untuk memasak Chicken Chop ni. tapi kepada sesiapa yang tak tau atau dah lupa cara memasaknya, aku bagilah resipinya.

Resipi Chicken Chop

Untuk hidangan 2 Orang :

Bahan-Bahannya :

2 peha ayam (buang tulang @ debone)
1 biji telur
Sedikit lada sulah (black pepper)
10 keping biskut tawar (dikisar @ pecah-pecahkan)
sedikit Lea & Perrin atau tepung (untuk disapu pada ayam)

Cara memasak ayam :

1. gaul perap ayam yang telah di debone tadi dengan serbuk lada, sedikit garam dan lea & perrin @ tepung.
2. ketuk-ketuk (chop) sikit ayam tadi agar perasanya meresap dan daging menjadi sekata
2. pecahkan telur dalam mangkuk, pukul sedikit.
3. celupkan ayam tadi ke dalam telur.
4. kemudian salutkan ayam dengan biskut yang telah dipecah-pecahkan tadi hingga sekata.
5. panaskan minyak dan goreng sehingga masak dengan api yang sederhana agar ayam tersebut masak dengan sekata. bila dah kekuningan warna Chicken Chop tu angkat dan ketepikan dahulu.


Sos Lada Hitam (Black Pepper Sauce)

Bahan-bahannya :

1 botol sos lada hitam
2 sudu tepung jagung
1 tin cendawan butang (tak pakai pun tak apa)
1/2 biji bawang besar (potong dadu)
2 ulas bawang putih (potong dadu)
sedikit minyak masak untuk tumis
Sedikit garam dan gula secukup rasa

Cara membuat sos :

1. tumiskan bawang besar & bawang putih hingga naik bau.
2. masukkan sedikit sos lada hitam ke dalam kuali.
3. masukkan air, lebih kurang 2 gelas.
4. cendawan dalam tin, di potong ikut suka besarnya.
5. masukkan cendawan ke dalam kuali dan didihkan.
6. bancuh tepung jagung dgn sedikit air, masukkan ke dalam kuali. Segera, kacaukan semua bahan dalam kuali tadi hingga jadi pekat macam sos.
7. garam dan gula secukup rasa.
8. hidangkan.


Aku cakap kat isteri aku, "nanti tengok abang masak ya. jadi pasni kalau nak makan Chicken Chop lagi, bolehlah abang order je." hehe.. bagus tak idea aku.. :)

Sumber : klik

.....

Resepi Chicken Chop

Bahan-Bahan:

1 ekor ayam (diambil peha dan dada)
1 biji telur
1 biji tomato
1 helai daun salad
Sedikit daun pasli
Sedikit lada sulah
20 gm potato chip (digoreng)
20 keping biskut tawar (dikisar halus
Sedikit Lea & Perrin atau tepung ubi (untuk disapu pada ayam)

Bahan sos:
1 biji lada buah
1 biji bawang besar
2 sudu besar sos cili
� batang lobak merah
1 sudu besar sos tomato
1 sudu besar sos lea & perrin
2 ulas bawang putih (dicincang halus)

Cara:

Gaulkan ayam bersama lada sulah, lea & perrin. Kemudian gaul rata menggunakan tepung ubi. Pecahkan sebiji telur dan celupkan ayam.

Salutkan biskut tawar yang telah dikisar ke ayam. Goreng ayam hingga kekuningan dan angkat. Masakkan sos selama satu minit. Hidangkan.

Sumber : Klik
BACA SELENGKAPNYA..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...