TOLONG KLIK SEBELUM KELUAR. TQ

Isnin, 11 Januari 2010

UJIAN STANDARD FIZIKAL KEBANGSAAN (SEGAK) PENGGAL 1 TAHUN 2009
PADA bulan Mac dan September 2009 yang lalu Panitia Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan SK Mulong 2 telah mengadakan Ujian SEGAK bagi menguji tahap kecergasan murid tahun 4 hingga 6...Untuk pengetahuan semua SEGAK adalah satu set ujian standard kecergasan fizikal untuk mengukur tahap kecergasan fizikal murid berasaskan kesihatan. Komponen kecergasan yangdiukur dalam SEGAK terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani sekolah rendah dan menengah.

Terdapat 5 set ujian SEGAK iaitu:
2.1 Pengiraan Indeks Jisim Badan
2.2 Ujian Naik Turun Bangku Selama 3 Minit
2.3 Ujian Tekan Tubi
2.4 Ujian Ringkuk Tubi Separa
2.5 Ujian Jangkauan Melunjur

Di kesempatan ini saya sebagai Ketua Panitia PJPK ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan Ujian SEGAK untuk penggal lepas...Sekian terima kasih...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...