TOLONG KLIK SEBELUM KELUAR. TQ

Rabu, 27 Januari 2010

KEJOHANAN SUKAN DAN PERMAINAN QIT PERINGAT 2010

ACARA - TARIKH - TUAN RUMAH - JURULATIH

OLAHARAGA - 22/3/10 - SK LONG GHAFAR - WAN ARIF/YUSRI

BOLA JARING - 24/2/10 - SK PERINGAT - NORIZAM/

BOLA SEPAK - 8&9/3/10 - SK PEROL - W.A.YANEE/

BOLA TAMPAR - 11/3/10 - SK KG.KELING - ZULKIFLI/

BOLA BALING - 18&19/4/10 - SK MULONG 2 - SUHAIMEE/

SEPAK TAKRAW - 24&25/2/10 - SK SERIBONG - AZIZ/UST PAUZI



BACA SELENGKAPNYA..

Selasa, 26 Januari 2010

Keputusan Liga Super 26 Jan. 2010

26/01/2010 11:12pm

SELANGOR 6 - 0 JOHOR

NEGERI SEMBILAN 2 - 1 TERENGGANU

PERAK 0 - 0 KELANTAN

PULAU PINANG 0 - 3 KEDAH

T-TEAM 1 - 0 PERLIS

KL 1 - 1 PAHANG


BACA SELENGKAPNYA..

Isnin, 25 Januari 2010

PASUKAN SEKOLAH ( BOLA SEPAK 2010 )


PASUKAN SEKOLAH PADA TAHUN INI YAKIN "BOLEH"
TAPI BADAN NAMPAK MACAM PEMAIN RAGBI AJE.
TOLONG CONTROL MAKAN YA.


BACA SELENGKAPNYA..

Selasa, 19 Januari 2010

Pengetua salah guna kuasa pindah guru bermasalah

Pengetua salah guna kuasa pindah guru bermasalah
Oleh Syuhada Choo Abdullah
choo@bharian.com.my

NUTP tak setuju ambil kesempatan program MBMMBI

KUALA LUMPUR: Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) mendakwa ada segelintir guru besar dan pengetua menyalah guna kuasa untuk memindahkan guru yang 'tidak sebulu' atau bermasalah dari sekolah dalam melaksanakan program penempatan semula bermula awal bulan ini.

Presiden NUTP, Hashim Adnan, berkata guru besar dan pengetua terbabit mengambil kesempatan mengeluarkan guru tertentu yang sudah disasarkan dengan memberi alasan sekadar memenuhi arahan penempatan semula untuk mencapai matlamat memartabat Bahasa Malaysia dan memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI).

Berikutan itu, beliau berkata, berlaku senario ada guru Bahasa Inggeris dipindahkan dari sekolah yang sedang mengalami kekurangan tenaga pengajar dalam subjek itu, malah keadaan sama menimpa guru opsyen Seni Visual walaupun mereka tiada kaitan dengan program penempatan semula untuk MBMMBI, sehingga menjejaskan pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

"Perkara sedemikian berlaku kerana tiada sebarang garis panduan mengenai penempatan semula ini yang dikeluarkan Kementerian Pelajaran untuk diguna pakai secara seragam oleh semua jabatan pelajaran negeri (JPN).

"NUTP memang tidak bersetuju dengan kaedah penyalahgunaan kuasa sebegini di mana guru besar atau pengetua mengambil kesempatan atas arahan penempatan semula untuk mengeluarkan guru yang tidak disukai, antara lain mungkin kerana guru berkenaan 'kaki bangkang', mahu pun guru bermasalah dari sekolah mereka.

"Kementerian perlu memantau supaya program penempatan semula ini dilakukan secara profesional bagi memastikan guru tidak menjadi mangsa," katanya di ibu pejabat NUTP di sini, semalam.

Selain itu, Hashim berkata, ada guru sudah bertugas lama sehingga 20 tahun di sesebuah sekolah tetapi menerima arahan berpindah ke lokasi jauh dalam tempoh sesingkat dua minggu, menyebabkan timbul tekanan tinggi dari segi urusan keluarga dan bebanan kewangan.

Sebagai contoh, katanya, guru dari Sabak Bernam ditukarkan ke Petaling, Subang atau Klang terpaksa bangun jam empat pagi dan mengambil masa empat jam ulang-alik ke sekolah setiap hari, sekali gus menjejaskan tumpuan mengajar.

Bukan itu saja, beliau berkata, turut berlaku kes ada guru opsyen Bahasa Malaysia, tetapi mengajar Bahasa Inggeris selama 15 tahun demi memenuhi keperluan sekolah, malah pernah menjalani kursus pertukaran subjek, diminta bertukar ke sekolah lain dan dipaksa mengajar Bahasa Malaysia yang sudah ditinggalkan begitu lama.

Pada peringkat awal pelaksanaan penempatan semula ini, Hashim berkata, NUTP sudah menerima 10 aduan daripada guru yang kebanyakannya dari Selangor, termasuk lima atau enam kes mendakwa berlakunya penyalahgunaan kuasa guru besar dan pengetua.(BERRITA HARIAN 19.01.2010 )
BACA SELENGKAPNYA..

Lelaki Paling Pendek Bergambar Dengan Lelaki Paling Tinggi Dunia




BACA SELENGKAPNYA..

Ahad, 17 Januari 2010

ACARA YANG DICADANG PADA HARI SUKAN 2010

1. MEMASUKAN GELANG GETAH KE DALAM STRAW
2. TARIK BOLA MENGGUNAKAN GELUNG ROTAN
3. BAWA BOLA PING PONG DENGAN SUDU
4. ISI AIR DALAM BOTOL
5. LARI DALAM GUNI
6. TIUP BELON SAMPAI PECAH
7. LARI DENGAN TALI SKKIPING
8. LARI SAMBIL KEPIT BOLA
9. LARI DAN PUNGGUT BOLA
10.TEMBAK BOTOL DENGAN PISTOL
11.BAWA BOLA DENGAN KAYU HOKI
12.REBUT GULA-GULA
13.MENJUNJUNG PUNDI KACANG


ACARA SUKAN BALLAPAN:

ACARA KATEGOTI TAHUN
Lari 50 m L 1
Lari 50 m P 1
Lari 50 m L 2
Lari 50 m P 2
Lari 80 m L 3
Lari 80 m P 3
Lari 100 m L 4
Lari 100 m P 4
Lari 100 m L 5
Lari 100 m P 5
Lari 100 m L 6
Lari 100 m P 6
Lompat Jauh L 4
Lompat Jauh P 4
Lompat Jauh L 5
Lompat Jauh P 5
Lompat Jauh L 6
Lompat Jauh P 6
Lontar Peluru L 4
Lontar Peluru P 4
Lontar Peluru L 5
Lontar Peluru P 5
Lontar Peluru L 6
Lontar Peluru P 6

ACARA GURU DAN IBUBAPA
Lontar gelung (bapa dan guru )L
Lontar gelung (ibu dan guru ) P
Cari harta karun ( semua guru )

PRA SEKOLAH
Junjung pundit kacang
Berjalan dengan teropah



BACA SELENGKAPNYA..

CONTOH PENGURUSAN FAIL PANITIA

sistem fail panitia

BACA SELENGKAPNYA..

Sabtu, 16 Januari 2010

KENANGAN BERSAMA GB 07





BACA SELENGKAPNYA..

UJIAN SEGAK

Program penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Untuk Murid Sekolah Malaysia ( SEGAK ) ini telah dirancang selari dengan Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan Sekolah Rendah dan Menengah.

Gaya hidup masyarakat Malaysia kini bertambah sedentari. Kecergasan yang optimum boleh membantu murid dalam melaksanakan aktiviti harian tanpa berasa letih dan lesu. Selaras dengan itu, satu aktiviti kecergasan yang terancang perlu dilaksanakan dengan sempurna mengikut prosedur yang ditetapkan bagi setiap item ujian dan dinilai mengikut norma yang telah ditetapkan. Dengan ini, satu penilaian yang standard dapat diukur.

“SEGAK” mula diilhamkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 2005. Ujian ini dirancang untuk dilaksanakan sepenuhnya ke sekolah mulai sesi persekolahan tahun 2008. Pelaporan hasil ujian ini akan mendapat pengiktirafan sijil secara peperiksaan berpusat.

Rekod penilaian kecergasan memberi maklumat tentang tahap kecergasan murid. Ujian yang dijalankan secara sistematik perlu diadakan dua kali setahun dan diharap dapat memotivasikan murid mengamal gaya hidup sihat. Murid akan lebih bertanggung jawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kesejahteraan negara selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ke arah merealisasikan Wawasan 2020.


MATLAMAT

Murid sentiasa peka, berpengetahuan dan mengamalkan aktiviti kecergasan untuk meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang optimum.


OBJEKTIF

Murid dapat :

1. mengetahui kepentingan kecergasan fizikal;

2. melakukan ujian kecergasan yang dirancang oleh pentadbir sekolah;

3. menganalisis, mengintepretasi dan menyimpan rekod kecergasan fizikal individu;

4. melakukan tindakan susulan untuk meningkatkan kecergasan fizikal individu melalui perancangan aktiviti kecergasan secara sistematik; dan

5. pengiktirafan tahap kecergasan individu berdasarkan prestasi semasa.





PROSEDUR

Semua murid perlu menjalani ujian-ujian kecergasan fizikal yang dicadangkan dalam buku panduan ini. Prosedur dan teknik ujian hendaklah mengikut peringkat umur, keupayaan murid dan mengambilkira peralatan serta tempat ujian dijalankan. Umur murid dikira pada 1 hb. Januari untuk rujukan norma.

Ujian ini boleh dijalankan semasa atau di luar waktu pengajaran Pendidikan Jasmani. Ujian ini juga mesti dilengkapkan pada hari yang sama. Guru melatih murid terlebih dahulu dan murid digalakkan membuat ujian secara individu, bersama rakan atau keluarga mereka. Ujian ini mesti dilengkapkan mengikut urutan secara berterusan. Urutan item bateri ujian adalah seperti berikut;



1. Naik Turun Bangku ( 3 minit )

2. Tekan Tubi ( 1 minit )

3. Ringkuk Tubi Separa (1 minit )

4. Jangkauan Melunjur


Ukuran antropometrik untuk mendapatkan Indeks Jisim Badan perlu dibuat sebelum melakukan ujian ini.

Ujian yang dicadangkan ini boleh digunakan sebagai aktiviti latihan kecergasan. Ujian ini perlu dilaksanakan dua kali setahun pada bulan Mac dan Ogos Bagi murid yang tidak sihat, guru boleh menjalankan ujian pada hari yang lain pada bulan yang sama.


MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN SEGAK

1. Buku Panduan Ujian SEGAK
2. Pekeliling Pelaksanaan Ujian SEGAK

BACA SELENGKAPNYA..

Jumaat, 15 Januari 2010

PENJAGAAN KESIHATAN DAN PEMAKANAN AHLI SUKAN

Dikirim oleh: Muhd Ashraff Reddy

MINUMAN
1. Mereka yang aktif bersukan perlu meminum air yang seberapa banyak yang boleh.2. Sebaik-baiknya minum minuman khusus yang disediakan untuk mereka yang aktif bersukan.3. Anda juga boleh minum jus buah-buahan seperti jus epal, jus tembikai, jus oren, jus jambu dan sebagainya.4. Sekiranya anda bakal menghadapi perlawanan, pastikan anda minum sebelum perlawanan,semasa rehat dan selepas perlawanan berakhir.5. Begitu juga ketika anda menjalani sesi latihan, amalkan tabiat meminum sebanyak mungkinair yang diperlukan oleh tubuh anda.6. Jika anda minum susu, pilihlah susu yang rendah kandungan lemaknya.7. Elakkan minuman beralkohol. Begitu juga elakkan minuman seperti kopi, tehdan seumpamanya.








MAKANAN
1. Adalah penting untuk mereka yang aktif bersukan untuk bersarapan terlebih dahulu sebelum memulakan latihan atau bermain dalam sebarang pertandingan.
2. Banyakkan memakan makanan yang tinggi kandungan karbohidrat dan proteinnya.3. Walaupun makanan itu penting, jangan sekali-kali anda terlebih makanpula kerana keadaan itu pasti menjejaskan prestasi anda dan mutu permainan anda.
4. Elakkan makan makanan yang tinggi kandungan lemaknya dan makanan yang boleh menyebabkan anda gemuk atau meningkatnyaberat badan anda. Kurangkan mentega, marjerin, planta dan sebagainya.5. Elakkan makanan yang manis dan tinggi kandungan gulanya. Kurangkan makan cokelat, gula serta kurangkan kandungan gula dalam setiap makanan anda.6. Banyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. (Pakar pemakanan menggalakkan ahli sukan memakan tiga hidangan buah-buahan setiap hari. Ini termasuklah buah-buahan sitrus seperti oren yang banyak mengandungi Vitamin C. Buah-buahan juga diketahui umum banyakmengandungi beta karotene)





KEPERLUAN DIET YANG BETUL
Selain daripada latihan,penjagaan kesihatan dan pemakanan amat penting bagi mereka yang aktif dalam sukan. Pelajar-pelajar yang aktif dalam sukan perlu memakan makanan yangberkhasiat, kaya dengan protein, mempunyai karbohidrat yang tinggi bagi membekalkan tenagayang maksimum dan rendah kandungan lemaknya. Pakar pemakanan yang merancang diet untuk ahli-ahli sukan sepakat menyetujui bahawa mereka memerlukan karbohidrat dan proteinyang jauh lebih tinggi daripada kadar biasa yang diperlukan oleh kebanyakan orang.
Aktiviti sukan lasak seperti ragbi, bola sepak dan seumpamanya memerlukan banyak latihan. Ini bermakna anda memerlukan banyak tenaga dan perlu sentiasa dalam keadaan sihat dan
bertenaga. Makanan diperlukan untuk memberikan anda tenaga, membina otot, menjanakan otak dan juga bahagian-bahagian anggota badan anda yang lain.
Selain itu juga, pemakanan yang berkhasiat serta betul dietnya juga penting bagi membantu anda cepat pulih daripada kecederaan yang dialami semasa menjalani latihan atau ketika menyertai pertandingan. Ini adalah kerana setiap mereka yang aktif bersukan tidak dapat tidak akan terdedah kepada kecederaan. Oleh itu pemakanan yang betul adalah penting bagi memastikan mereka cepat pulih daripada kecederaan supaya dapat kembali cergas. Pemakanan dan diet yang betul akan membantu prestasi setiap ahli sukan selain dapat membantukecergasan dan mutu persembahan mereka ketika beraksi di padang atau gelanggang permainan.
Panduan umum yang diberikan kepada setiap ahli sukan dan mereka yangaktif dalam bidang sukan ialah pastikan pemakanan anda berdasarkan fakta berikut :
a) 60 % karbohidrat (boleh didapati daripada buah-buahan sayur-sayuran dan bijirin);(b) 20 % protein (bahan-bahan tenusu seperti susu, telur, daging, ikandan lain-lain);(c) 20 % lemak (daripada semua jenis makanan).
Oleh itu adalah penting bagi anda mengetahui jenis-jenis makanan atau kumpulan makanan yang boleh menyumbangkan keperluan karbohidrat, protein dan lemak seperti yang diperlukan di atas. Makanan-makanan seharian yang kita makan, tergolong dalam enam jenis kumpulan iaitu :
(a) daging/ protein(b) bijirin seperti gandum, roti, nasi dan sebagainya(c) sayur-sayuran(d) buah-buahan(e) susu dan makanan seumpamanya(f) makanan berlemak BACA SELENGKAPNYA..

Rabu, 13 Januari 2010

Perkenalan Tentang Permainan Mahjong

25 Muharram 1431Mahjong ialah sejenis permainan dalam yang dimainkan oleh empat orang pemain. Ia amat popular, bukan hanya di dalam negeri China, malah juga dalam kalangan orang Cina di seberang laut. Permainan ini menggunakan keping kad atau plastik tebal yang berbentuk segi empat bujur. "Buah" mahjong ini anya dibahagikan kepada 3 jenis iaitu "Bing", "Tiao" dan "Wan". Terdapat 4 set sejenis buah mahjung ini dengan bunga yang serupa dan dinomborkan dari satu hingga sembilan, dan menjadikan jumlahnya 108 biji. Selain itu, terdapat 36 lagi buah tambahan dan gantian. Ini bermakna, jumlah kesemua buah mahjong ini ialah 144 biji. Pada zaman dahulu, buah mahjong ini biasanya dibuat daripada tulang dan buluh. Dengan perkembangan zaman, alat permainan ini sekarang diperbuat dengan sejenis kad yang tebal atau plastik.Asasnya permainan mahjong amat mudah dipelajari. Matlamat utama permainan ini adalah untuk membentuk satu set gabungan atau kumpulan buah mahjong ini dengan sebanyak 14 biji buah mahjong. Orang pertama berjaya mengumpulkannya dikira pemenang. Namun, disebabkan kaedah untuk membentuk gabungan ini bermacam-macam kerana kepelbagaian cara pemikiran pemain dan peraturan yang berlainan di kawasan yang berbeza-beza, maka permainan mahjong ini menjadi lebih rumit dan mencabar berbanding dengan permainan dengan kepingan tulang atau buluh lain. Permainan mahjong memerlukan kemahiran, kecekapan mengatur, strategi, dan mengira, dan pada satu tahap, nasib. Selain itu, ciri permainan mahjong ini juga berkait rapat dengan budaya Timur. Ia merupakan komponen yang penting dalam budaya tradisi China. Maka, ia bukan sahaja menjadi permainan, malah perjudian yang paling menarik dalam sejarah China.Mahjong berasal dari China pada 3000 hingga 4000 tahun yang lalu. Menurut "Catatan Sejarah", iaitu buku sejarah China yang pertama, permainan jenis ini muncul sebelum zaman Dinasti Shang lagi, iaitu kira-kira 1600 tahun sebelum Masihi. Dulu mahjong merupakan permainan diraja dan golongan bangsawan yang memerintah. Dengan evolusi dalam sejarah yang panjang, mahjong beransur-ansur diperkenalkan kepada rakyat. Cara permainannya hari ini hampir sama dengan permainan tersebut pada zaman pertengahan Dinasti Qing.Mahjong yang dimainkan oleh rakyat dari pelbagai lapisan masyarakat di bandar dan di kawasan desa telah menjadi aktiviti pertandingan kecerdasan di China. Pada tahun 1920-an, mahjong bukan hanya popular di Asia, malah popular juga di negara-negara Eropah dan Amerika. Pada masa itu, buah mahjong yang dieksport malah bertulis dengan angka Arab dan huruf Inggeris. Banyak majalah tentang penyelidikan dan cara bermain mahjong yang diterbitkan di luar negeri. Di Jepun dan beberapa buah negara lain pula, terdapat kumpulan penyelidik mahjong yang mengadakan pertandingan secara berkala. Dengan perkembangan sains dan teknologi, perisian permainan mahjong telah dibina pada tahun-tahun kebelakangan ini, sehingga mahjong menjadi sejenis permainan komputer yang popular.  Disebabkan mahjong bukan sahaja sejenis permainan, tetapi juga dijadikan satu perjudian, maka terdapat pelbagai pendapat yang berlainan tentangnya. Ada orang berpendapat, mahjong merupakan harta karun negara, manakala yang lain menyifatkannya sebagai salah satu asal usul dosa manusia. Sebenarnya, mahjong tidak sewajarnya dikaitkan dengan perjudian. Sejak tertubuhnya Republik Rakyat China pada tahun 1949, perjudian dilarang di negara ini, dan mahjong hanya dimainkan oleh orang awam sebagai aktiviti hiburan yang "sihat". Sejak itu, dalam tempoh sekian lama, pertandingan mahjong yang bersifat "sihat" dan positif telah diadakan di merata-rata tempat di China. Aktiviti ini bukan sahaja berjaya menyebarkan budaya tradisi China, dan mendorong pembangunan tamadun rohaniah, malah memenuhi keperluan rakyat yang semakin meningkat. Jabatan Pentadbiran Am Sukan Nasional China memberikan mandat kepada Pusat Panduan Sukan Sosial untuk menghantar pegawai khas untuk melaksanakan kaji selidik tentang keadaan, sejarah, dan falsafah tentang mahjong selama lebih dua tahun. Mereka mengadakan seminar tentang teori mahjong, pertandingan mahjong dan tinjauan sampel berulang kali dan membuktikan bahawa permainan mahjong ini boleh wujud dan dikembangkan sebagai acara pertandingan sukan yang sihat dan bertamadun. CRI/- BACA SELENGKAPNYA..

Penguasaan guru dalam ICT diutamakan - TPM

LONDON 12 Jan. - Malaysia yakin penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah mudah dilaksanakan dengan penumpuan kepada penguasaan di kalangan guru-guru.Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, pendedahan melalui kursus berterusan kepada pentadbir sekolah,
pengetua dan guru-guru dalam mewujudkan golongan celik komputer telah menunjukkan kesan ketara kepada perkembangan ICT di Malaysia.Menurutnya, kajian British Commonwealth Group (BCG) 2008 dengan kerjasama Unit Perancang Ekonomi (EPU) berkaitan Koridor Raya Multimedia (MSC) Malaysia menunjukkan wujudnya peningkatan kesedaran dan kreativiti di kalangan guru dan murid dalam penguasaan ICT."Malaysia mempunyai banyak inisiatif termasuk video pendidikan melalui web, EduWeb TV, dengan 9,331 sekolah mempunyai akses kepada lapan saluran projek School-Net melalui jalur lebar bagi mengurangkan jurang digital antara penduduk luar bandar dan bandar."Makmal komputer juga dibina di 6,633 sekolah. Pusat akses Internet sekolah dengan konsep kafe siber diwujudkan bagi kemudahan murid mencari maklumat di 3,029 sekolah di luar bandar," katanya.Beliau yang juga Menteri Pelajaran menyampaikan ucaptama di Forum Pembelajaran dan Teknologi Baru 2010 di Pusat Persidangan Queen Elizabeth II di sini hari ini.Seramai 73 Menteri Pelajaran dan juga pemimpin serta pegawai-pegawai pendidikan dunia menghadiri forum tersebut yang membincangkan mengenai pembelajaran dalam bidang ICT.Ia forum pendidikan terbesar di dunia yang memfokuskan pembangunan dan integrasi ICT dalam pembelajaran di sekolah-sekolah.Forum ini memberi peluang kepada Menteri Pelajaran, pegawai kanan kerajaan dan pihak berkaitan bertukar-tukar pendapat serta pengalaman mengenai pengunaan ICT di negara masing-masing.Tambah Muhyiddin, gabungan penggunaan ICT dalam sistem pendidikan Malaysia telah memperlihatkan banyak kerjasama antara sektor swasta dan awam dalam membentuk perkongsian pintar.Timbalan Perdana Menteri berkata, kini menjadi cabaran kepada guru berperanan sebagai fasilitator bagi memastikan penggunaan ICT yang membawa kepada pelbagai bentuk kemajuan itu dapat dicapai."Pada masa sama, kita juga sentiasa mengingatkan para guru bahawa teknologi itu hanyalah alat."Interaksi di dalam kelas dengan murid-murid juga perlu diutamakan di samping penggunaan ICT dalam pembelajaran. Tiada teknologi yang boleh menggantikan guru," jelasnya.Katanya, cabaran lain adalah kos yang tinggi dalam melaksanakan ICT terutama ketika negara menghadapi krisis ekonomi,Bagaimanapun, tambahnya, kerajaan mendapat kerjasama baik daripada komuniti sekitar dan sektor swasta dalam menjayakan program ICT di sekolah.Muhyiddin turut menyentuh mengenai keperluan menjadikan pendidikan sebagai pertahanan paling utama negara bagi keselamatan ekonomi dan memberi jaminan kesihatan termasuk membantu dunia memerangi kebuluran."Selain menjadikan forum ini sebagai medan perkongsian kemahiran mengenai teknologi, jadikan ia untuk menjalinkan kerjasama erat bagi keamanan dunia melalui komunikasi dan informasi teknologi yang lebih baik dalam ikatan persaudaraan pendidikan," katanya. - utusan( 13/1/2010)
BACA SELENGKAPNYA..

Isnin, 11 Januari 2010

M.U BELI PENGURUS DAN JURULATIH BARU



TIDAK DAPAT AMBIL BALLAMY ,MU BELI EN.SUHAIMEE,


JURULATIH BARU (BEKAS JURULATIH BOLA BALING SKM2)


SIR ALEX PENGURUS MU

AKAN DI GANTI DENGAN

SIR ZUHA.
(BEKAS SETIAUSAHA SUKAN SK. KUBUR DATU )


Rasanya pembelian kali berbaloi kot.

BACA SELENGKAPNYA..
UJIAN STANDARD FIZIKAL KEBANGSAAN (SEGAK) PENGGAL 1 TAHUN 2009
PADA bulan Mac dan September 2009 yang lalu Panitia Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan SK Mulong 2 telah mengadakan Ujian SEGAK bagi menguji tahap kecergasan murid tahun 4 hingga 6...Untuk pengetahuan semua SEGAK adalah satu set ujian standard kecergasan fizikal untuk mengukur tahap kecergasan fizikal murid berasaskan kesihatan. Komponen kecergasan yangdiukur dalam SEGAK terkandung dalam Sukatan Pelajaran Pendidikan Jasmani sekolah rendah dan menengah.

Terdapat 5 set ujian SEGAK iaitu:
2.1 Pengiraan Indeks Jisim Badan
2.2 Ujian Naik Turun Bangku Selama 3 Minit
2.3 Ujian Tekan Tubi
2.4 Ujian Ringkuk Tubi Separa
2.5 Ujian Jangkauan Melunjur

Di kesempatan ini saya sebagai Ketua Panitia PJPK ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua guru yang terlibat dalam menjayakan Ujian SEGAK untuk penggal lepas...Sekian terima kasih... BACA SELENGKAPNYA..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...