TOLONG KLIK SEBELUM KELUAR. TQ

Ahad, 20 Mac 2011

Kelantan Mara Ke Separuh Akhir

Chanturu menjaringkan gol pertama Kelantan hasil lorongan dari Norshahrul Idlan.

KL FELDA UNITED FC 0

KELANTAN 3
S Chanturu (m-18)
Mohd Nurul Azwan Roya (m-66)
Mohd Nizad Ayub (m-88)

(Kelantan layak menerusi agregat 5-2)

KOTA BHARU – Pendahulu Liga Super, Kelantan sememangnya berada didalam kelas yang tersendiri setelah membenam cabaran KL Felda United FC menerusi kemenangan 3-0 dalam aksi perlawanan suku akhir kedua Piala FA yang berlangsung di Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu malam tadi.

Dengan kemenangan tersebut, Kelantan berjaya melangkah ke peringkat separuh akhir setelah menang menerusi agregat 5-2 dan akan bertemu dengan musuh tradisinya, Selangor yang turut layak setelah menang ke atas Johor dengan agregat yang sama.

Turun dengan misi memburu kemenangan, Kelantan membuka tirai aksi gerakan merbahayanya seawal minit keempat menerusi percubaan Norshahrul Idlan Talaha yang tersasar daripada pintu gol setelah menerima umpanan cantik daripada S Chanturu.

Pada minit ketujuh, KL Felda United FC terlepas peluang untuk berada didepan apabila rembatan penyerangnya, Muhammad Zamri Chin ditepis keluar Khairul Fahmi Che Mat setelah berlaku kekalutan didepan pintu gol Kelantan sebelum itu.

Selang seminit kemudian, rembatan kencang pemain tengah, Mohd Shakir Shaari di luar kotak penalti hampir meletakkan Kelantan didepan namun penjaga gol, Mohd Hamsani Ahmad menafikan percubaan tersebut.

Tidak banyak gerakan menarik yang dilakukan oleh anak buah E Elavarasan yang mempertaruhkan gandingan Faderin Kadir dan Muhammmad Zamri Chin dibahagian serangan sebaliknya Kelantan yang turun sebagai pasukan ‘pelawat’ pula dilihat lebih ghairah mencari gol awal dalam perlawanan malam tadi.

Pada m-16, giliran pemain sayap kiri, Mohd Nurul Azwan Roya pula menguji pintu gol KL Felda United FC namun rembatannya sedikit melewati palang.

Dua minit kemudian, Chanturu menceriakan lebih 25,000 penyokong setia Kelantan apabila menjaringkan gol pertama Kelantan. Penyerang kebangsaan, Norshahrul Idlan mencetuskan gerakan menarik apabila melorongkan bola kepada Chanturu yang bijak memperdayakan pertahanan KL Felda United FC sebelum merembat kencang untuk menghasilkan gol pertama Kelantan.

Pada m-24, Mohd Nurul Azwan sekali lagi mensia-siakan peluang terbuka apabila gerakan solonya berakhir dengan kekecewaan setelah rembatannya sekadar menerjah jaring sisi sebelah kanan pintu gol KL Felda United FC.

Hanya sepakan percuma Azi Shahril Azmi pada minit-minit terakhir babak pertama yang terus ke dakapan Khairul Fahmi dilihat satu-satunya percubaan merbahaya bagi KL Felda United FC sebelum pemain kedua-dua pasukan berjalan ke bilik persalinan untuk masa rehat separuh masa pertama.

Empat minit babak kedua bersambung, penjaga gol KL Felda United FC, Mohd Hamsani sekali lagi cemas di pintu golnya setelah rembatan kencang Mohd Shakir dari luar kotak penalti sedikit tersasar disebelah kanan.

Pada m-62, KL Felda United FC kempunan untuk menyamakan kedudukan setelah jaringan Faderin Kadir dibatalkan pengadil perlawanan apabila dikesan berada didalam kedudukan ofsaid oleh penjaga garisan sebelum itu.

Stadium Sultan Muhammed IV kembali bergema dengan sorakan penyokong setia Kelantan setelah Mohd Nurul Azwan menjaringkan gol kedua pada m-66 perlawanan. Berpunca hantaran silang Ketua Pasukan, Muhd Badhri Radzi dari tengah padang, Mohd Nurul Azwan bijak menampan kemas didalam kotak penalti sebelum melepaskan rembatan kencang menewaskan Mohd Hamsani buat kali kedua.

Tertekan dengan jaringan tersebut, Elavarasan memasukkan Mohd Lot Abu Hassan bagi menguatkan jentera tengah namun itu tidak banyak membantu kerana rangkaian penyerang mereka diketuai Mohd Nizaruddin Yusoff dan Faderin Kadir seakan hilang idea untuk menembusi benteng pertahanan Kelantan yang beraksi cemerlang malam tadi.

Pada m-88, pemain gantian, Mohd Nizab Ayub membunuh semangat juang anak buah Elavarasan apabila meledakkan gol ketiga untuk Kelantan. Bijak melepasi perangkap ofsaid pertahanan lawan, Mohd Nizab pantas merembat kencang melepasi jangkauan Mohd Hamsani.

Minit-minit akhir perlawanan, KL Felda United kempunan untuk memperolehi gol saguhati apabila rembatan pemain gantian, Ramesh Lai Ban Huat terkena tiang gol Kelantan sementara rembatan Faderin selepas itu ditepis keluar Khairul Fahmi.

Kesebelasan utama pemain :

KL FELDA UNITED FC : Mohd Hamsani Ahmad, Abdul Ghani Abd Rahman (Ramesh Lai Ban Huat), Mohd Nizam Abu Bakar, Muhamad Kaironnisam Sahabudin Hussain (KP), K Rajan, Mohd Badrul Azam Zamri, Mohd Syazwan Zainon (Mohd Lot Abu Hasan), Liew Kit Kong, Azi Shahril Azmi, Muhammad Zamri Chin (Mohd Nizaruddin Yusoff) dan Faderin Kadir.

FORMASI : 4-4-2

KELANTAN : Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Daudsu Jamaludin, Mohd Rizal Fahmi Ab Rosid, Mohd Farisham Ismail, Zairul Fitree Ishak, Mohd Nurul Azwan Roya, Muhd Badhri Radzi (KP), Mohd Shakir Shaari, Solehin Kanasian Abdullah (Zul Yusri Che Harun)(Mohd Nizab Ayub), S Chanturu dan Norshahrul Idlan Talaha.

FORMASI : 4-4-2

STATISTIK PERLAWANAN

Percubaan tepat : KL Felda United FC (3) Kelantan (4)
Percubaan tersasar : KL Felda United FC (1) Kelantan (9)
Sepakan sudut : KL Felda United FC (4) Kelantan (10)
Sepakan percuma : KL Felda United FC (26) Kelantan (15)
Offsaid : KL Felda United FC (4) Kelantan (2)
Kekasaran : KL Felda United FC (22) Kelantan (12)
Kad kuning : KL Felda United FC (Muhamad Kaironnisam Sahabudin Hussain, Mohd Badrul Azam Zamri, Azi Shahril Azmi dan Liew Kit Kong) Kelantan (Zairul Fitree Ishak)
Kad merah : Tiada bagi kedua-dua pasukan
Masa tambahan : Empat minit
Penguasaan bola : KL Felda United FC (45%) Kelantan (55%)

PEGAWAI PERLAWANAN

Pengadil : Mohd Zohri Tajudin
Penolong Pengadil 1: Mohd Shahril Abu Seman
Penolong Pengadil 2: Maswari Mislam
Pegawai Keempat : Mohd Ezani Mohd Said
Komisionel Perlawanan : Anuar Salim Abdul Moen
General Kordinator : Arif Hassan

BACA SELENGKAPNYA..

Jumaat, 18 Mac 2011

Sungai-sungai paling tercemar di dunia


Apabila artikel isuhangat sebelum ini pasal surat dari masa depan ramai yang menganggapnya berlebih-lebihan dan tak logik. Memang surat itu sengaja dibuat melebih-lebih supaya kita lebih menyayangi alam sekitar terutama sungai. Kita masih ada masa untuk menyelamatkan air kita demi generasi akan datang. GO GREEN!
Di bawah ialah 10 sungai yang paling tercemar di dunia, nasib baik sungai-sungai di Malaysia tidak termasuk dalam senarai.
1. Citarum river, Indonesia
Photobucket
Terkejut? Inilah sungai Citarum di Jawa Barat, Indonesia. Meskipun sungai ini mungkin kelihatan seperti kolam sampah tetapi sungai ini sebenarnya adalah sumber utama air untuk pertanian dan air untuk memasak dan minuman bagi masyarakat sekitarnya. Sungai ini sangat tercemar oleh aktiviti manusia dan tidak mempunyai kehidupan air yang hidup di dalamnya.

2. Yamuna River, India
Photobucket
Sungai Yamuna anak sungai terbesar Sungai Gangga adalah salah satu sungai paling tercemar di dunia di mana 58% dari sisa dari ibukota New Delhi dibuang ke dalam sungai.
3. Buriganga river, Bangladesh
Photobucket
Sungai Buriganga adalah sungai utama yang mengalir di sisi kota Dhaka, ibukota Bangladesh. Sungai yang biologinya telah mati ini memiliki penderitaan menjadi 80% adalah tidak diubati langsung.
4. Yellow river from Lanzhou, China
Photobucket
Sungai Kuning merupakan sungai terpanjang kedua di China dan merupakan sumber air utama untuk jutaan orang di Cina utara. Tapi sungai ini sangat tercemar dengan tumpahan minyak yang terjadi dan kerana pencemaran industri.
5. Marilao river, Philippines
Photobucket
Pembalut plastik, selipar, batang pisang, bangkai anjing dan sebagainya adalah yang mungkin ditemui terapung di sungai Marilao. Airnya mengandungi bahan kimia beracun seperti kromium, tembaga kadmium, dan arsen membuatkan air sungai ini sangat merbahaya.
6. Ganges river, India
Photobucket
Sungai Gangga adalah sungai paling suci bagi umat Hindu.Kira-kira 2 juta orang mandi untuk amalan ritual . Meskipun air sungai ini tidak selamat kerana bahan kimia, kotoran dan mayat-mayat masih terapung mereka terus mandi tanpa rasa takut.
7. Songhua river, China
Photobucket
Songhua adalah sebuah sungai di Timur Laut Cina, dan merupakan anak sungai terbesar Sungai Heilong. Pada bulan November 2005, sungai itu tercemar dengan minyak petrol.
8. The Mississippi river, USA
Photobucket
Siapa sangka negara yang bangga dengan gelaran negara maju pun tak lepas dari pencemaran. Sungai Mississippi adalah sumber penggerak ekonomi dan merupakan jantung Amerika Syarikat. Sungai ini mengalir hampir 40% dari Amerika Syarikat. Malangnya sungai ini membawa sekitar 1.5 juta tan metrik pencemaran nitrogen ke Teluk Mexico setiap tahun.
9. The Sarno river, Italy
Photobucket
The Sarno dianggap sungai yang paling tercemar di Eropah. Situasi tersebut diburukkan lagi dengan skala besar pembuangan sisa pertanian dan industri tidak dirawat ke dalam sungai. Air yang tercemar ini mengalir ke Teluk Napoli juga meningkatkan pencemaran air laut.
10. The King River, Australia
Photobucket
Sungai King ini boleh dikatakan sungai yang paling tercemar di Australia akibat kegiatan perlombongan. BACA SELENGKAPNYA..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...