TOLONG KLIK SEBELUM KELUAR. TQ

Selasa, 27 Julai 2010

Manfaat meminum air putih


15 Syaaban 1431 H
Oleh: jelajahunik.blogspot.com

1. Menetralisir racun dalam tubuh
2. Membakar lemak
3. Membersihkan racun dalam ginjal

Minum air dan tetap sehat dan aktif. Untuk siapa saja yang suka Minum air ais(air dingin).

Hal ini sangat masuk akal, orang Chinese dan Jepang minum teh panas setelah makan, bukan air ais. Mungkin ini saatnya bagi kita untuk mengadopsi kebiasaan tersebut.

Mungkin sangat nikmat minum air ais setelah makan, namun air ais akan membekukan lemak yang baru saja kita konsumsi. Dengan membekunya lemak akan memperlambat pencernaan.

Ketika lemak yang membeku ini bereaksi dengan asam, lemak akan dipecah dan diserap intestine lebih cepat dibanding makanan pada. Dengan cepat akan berubah menjadi lemak dan dapat menimbulkan kanker. Sangat disarankan untuk menkonsumsi sop panas atau air hangat setelah makan.
BACA SELENGKAPNYA..

Jumaat, 23 Julai 2010

Laporan Bola Sepak bawah 8 tahun


Perlawanan yang melibatkan Sek. Keb. Mulong 2 dan Sk. Bunut Payung bermula tepat jam 9.40 pagi.
murid-murid ditemani oleh keluarga masing-masing. Guru pengiring Sir Zuha dan Cikgu W. Ahmad Yanee mengurus murid. Perlawanan dihentikan selepas 5 minit perlawanan bermula kerana masalah tenikal. Pasukan sekolah kita terpaksa menarik diri kerana masalah tenikal yang tidak dapat diselesaikan dengan penganjur kejohanan.
disini disertakan dengan gambar perlawanan dan kelab penyokong yang didatangi khas oleh Ustaz Wan Ariff.
.Perlawanan dimulakan , SKM 2 berjersi putih

Pasukan SKM 2 mengawal perlawanan dan penganjur menghentikan perlawanan.

Cikgu Wan Ahmad Yanee mewakili pihak sekolah memohon maaf kepada ibu bapa atas kesilapan tenikal.
Para pemain berjalan keluar dengan penuh kekecewaan. Begitu juga dengan 2 orang kelab penyokong yang berbaju merah nampak kecewa
walaupun tidak dapat meneruskan perlawanan, sempat juga kelab penyokong bergambar

Kelab Penyokong berjalan keluar dari Astaka Stadium dengan kekecewaan.



Laporan oleh : Ustaz Wan Ariff
( setiausaha sukan SKM2 ) BACA SELENGKAPNYA..

Selasa, 20 Julai 2010

Helmet yang superb kreatif


Kepada mat minah motor ke skuter ke yang inginkan kelainan dan dah bosan dengan design kepala helmet yang ada di pasaran sekarang, apa kata mencuba design yang superb kreatif ni. Pasti anda akan mendapat perhatian di jalan raya. Apa yang penting, alang-alang pakai helmet tu – ikat jangan tak ikat.


BACA SELENGKAPNYA..

Ibrahimovic dan Messi Islam?

Ibrahimovic dan Messi Islam?

Isu hangat nih, pemain Barcelona FC, Ibrahimovic (jersi no 9) dan Messi (jersi no 10), ditangkap gambar sedang solat?

Baca Lagi.. »

BACA SELENGKAPNYA..

Sabtu, 10 Julai 2010

Mike Tyson Menangis di Mekah

Mike Tyson menangis di Mekah
Mike Tyson (tengah) (arab news)

Bekas juara tinju heavyweight dunia , Mike Tyson menangis ketika mengunjungi Masjid Al-Nabawi di Madinah, Arab Saudi. Tyson juga melakukan umrah di Mekah, pada Julai 2010.

Tyson memijakkan kakinya ke Tanah Suci untuk kali pertama pada Jumat 2 Julai 2010. Mike Tyson yang berusia 44 tahun ini melakukan ibadah di Masjid Al-Nabawi. Sebagaimana yang dinyatakan oleh online news Saudi Gazette, Tyson menginap di hotel berhampiran Masjid Al-Nabawi dan mendapat sambutan luar biasa dari peminatnya.


Bekas peninju yang kontroversi kerana menggigit telinga semasa pertandingan ini mendapat pengawalan ketat semasa melakukan solat Zuhur. Tyson mengaku mendapat pengalaman spiritual luar biasa selama di Arab Saudi.

“Saya senang punya peminat yang mencintai saya di sini (Arab Saudi). Tapi, saya berharap mereka meninggalkan saya sendiri untuk menikmati saat spiritual di Tanah Suci. Saya menitikkan air mata ketika saya mengetahui bahawa saya berada di salah satu taman surga,” ujar Tyson ketika mengunjungi Masjid Al-Nabawi.

Tyson yang memeluk Islam ketika masih dipenjara pada pertengahan 1990an, kemudian mengganti pakaian dengan mengenakan ihram untuk melakukan umrah di Mekah.Selesai melakukan umrah di Mekah, Mike Tyson nama Islamnya, Malik Abdul Aziz ini merancang akan mengunjungi Jeddah, Abha dan Riyadh. Posted @ www.isuhangat.net

BACA SELENGKAPNYA..

Rabu, 7 Julai 2010

Mike Tyson,

MADINAH: Bekas juara tinju heavyweight dunia, Mike Tyson, kelihatan menangis ketika berada Raudah semalam dan menganggap dirinya bertuah kerana berada di satu daripada taman syurga.

TYSON dengan pakaian ihram bersiap untuk ke Makkah bagi menunaikan umrah, semalam. Lawatan Tyson ke Arab Saudi untuk mengerjakan umrah ditemani Ketua Persatuan Dakwah Kanada, Shahzad Muhammad.

Kata Shahzad, Tyson menjadi begitu emosional ketika mengucapkan salam kepada Rasulullah (SAW) “Dia menangis lebih setengah jam ketika berdiri di depan makam Nabi sambil mengangkat tangannya.

“Tyson terus berada di kawasan Raudah selama beberapa jam untuk bersolat, membaca al-Quran dan berzikir,” katanya, semalam.

Dia kemudian menukar pakaian untuk mengenakan ihram sebagai persediaan mengerjakan umrah.

Sementara itu, kedatangan Tyson menarik perhatian orang ramai yang berpusu-pusu untuk melihatnya dari dekat.

Sesetengah pihak sanggup menunggu berjam-jam di hotel didiaminya berhampiran Masjid Nabawi semata-mata mahu mengambil gambarnya.

Malah, dia terpaksa diiring pengawal keselamatan untuk ke masjid bagi menunaikan solat Zuhur kerana orang terlalu ramai berada di laluan berkenaan.

Tindakan Tyson mengenakan tutup kepala bagi mengelak daripada dikenali juga gagal dan dia terus diekori peminatnya.

Tyson berkata, dia memang gembira diterima baik orang ramai di Tanah Suci.

“Cuma, saya harap tidak diganggu dan biarkan saya menikmati pengalaman beribadah di sini,” katanya. BACA SELENGKAPNYA..

Piala Dunia FIFA 2010: Uruguay 2, Belanda 3


Abdul Rahim Sabri Jul 7, 10 5:55AM
Gol pasukan Belanda dijaringkan oleh pemain pertahanan Giovanni van Bronckhorst pada minit ke-18, Wesley Scneijder (minit ke-70) dan Arjen Robben pada minit ke-73.
BACA SELENGKAPNYA..

Selasa, 6 Julai 2010

Pelajar cemerlang tak sertai kokurikulum sukar ke IPTA


Jul 5, 10 3:43pm
Pelajar cemerlang mungkin berdepan masalah untuk diterima masuk ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) di negara ini jika mereka tidak membabitkan diri dalam sebarang aktiviti kokurikulum di sekolah.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah, berkata kecemerlangan akademik semata-mata tidak menjamin pelajar mendapat tempat di IPTA.

"Walaupun mendapat 90 peratus markah akademik tetapi aktiviti kokurikulum tidak ada langsung, pelajar mungkin menghadapi masalah untuk masuk ke universiti," katanya kepada pemberita selepas majlis sambutan pelajar baru di Universiti Sains Malaysia (USM) di Georgetown hari ini.

Saifuddin berkata, langkah kementerian menekankan aspek kokurikulum kerana ingin melahirkan graduan yang bukan sahaja cemerlang daripada segi akademik sebaliknya turut mempunyai nilai insaniah.

Katanya, langkah itu juga sebagai persediaan untuk graduan memasuki alam pekerjaan kelak.

"Kalau nak kerja pun, kecemerlangan akademik itu hanya laluan awal untuk dipanggil temuduga. Tetapi ketika temuduga, aspek insaniah yang akan diambil kira," katanya.

Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi mula melaksanakan dasar pengambilan dan pemilihan berasaskan prinsip meritokrasi dengan mengguna pakai 90 peratus markah akademik dan 10 peratus markah kokurikulum bagi kemasukan ke IPTA untuk pengambilan pelajar sesi 2007/2008.

Empat aspek utama diberi penekanan dalam pengiraan markah 10 peratus pencapaian kokurikulum iaitu kehadiran (50 peratus), peringkat pembabitan (20 peratus), pencapaian (20 peratus) dan jawatan disandang (10 peratus). BACA SELENGKAPNYA..

Sabtu, 3 Julai 2010

Piala Dunia FIFA 2010: Uruguay 4, Ghana 2 (sepakan penalti)

20 Rejab 1431H.

JOHANNESBURG: Uruguay mara ke separuh akhir selepas menundukkan Ghana dengan keputusan sepakan penalti 4-2.

Ia berikutan keputusan seri 1-1 selepas perlawanan suku akhir Piala Dunia FIFA 2010 di Stadium Soccer City, tamat sehingga masa tambahan. BACA SELENGKAPNYA..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...